ICQS Tebedu bakal dibangunkan
TEBEDU: Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu bakal dibangunkan jika mendapat kelulusan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 
Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata keputusan itu hanya akan diketahui semasa lawatan Perdana Menteri bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ke kompleks berkenaan pada 26 Julai ini (Ahad).
 
“Daripada apa yang saya nampak kita sudah ada ruang untuk menjadikan tempat ini lebih maju pada masa depan,” katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika ditemu-bual semasa mengadakan lawatan ke ICQS Tebedu dan Pelabuhan Darat Tebedu (TIP) di sini hari ini.
 
Hadir sama Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot dan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud.

Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak