Lebih 300 kanak-kanak maut akibat wabak

JAKARTA: Indonesia mencatat angka korban Covid-19 melibatkan lebih 300 kanak-kanak termasuk bayi baru lahir dan di bawah usia enam tahun.

Persatuan Pediatrik Indonesia (Idai) mendedahkan sekurang-kurangnya 51 kanak-kanak maut akibat wabak itu sejak Mac lalu dengan 2,712 jangkitan disahkan setakat Isnin lalu.

Difahamkan 7,633 lagi kanak-kanak dikategorikan PDP yang merujuk kepada individu mengalami simptom Covid-19 namun tidak diuji virus itu, dengan 290 daripadanya menemui ajal.

Pengerusi Idai, Aman Bhakti Pulungan berkata, data tersebut memberikan tamparan hebat kepada negara itu. Indonesia kini merekodkan jumlah kematian tertinggi di Asean dan benua Asia.

“Pandemik ini tidak berakhir lagi dan Indonesia dilaporkan mempunyai jangkitan tertinggi dalam kalangan kanak-kanak,” katanya yang menjelaskan kematian sedemikian tidak dilaporkan di Singapura, Malaysia atau Thailand.

Pegawai kesihatan Indonesia pula dikatakan menyalahkan tahap kesihatan dan pemakanan kurang berzat sebagai punca kanak-kanak terbabit berisiko tinggi maut jika dijangkiti Covid-19.

Idai berkata, 45 kanakkanak yang maut akibat Covid-19 mempunyai simptom seperti jangkitan saluran saraf, batuk kering, jangkitan usus, kekurangan zat yang serius dan deman denggi berdarah.

Di Indonesia, jumlah kanak-kanak merangkumi satu pertiga atau 83 juta daripada 270 juta penduduk republik itu.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak