PEKAN: Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini yang akan berlangsung 4 Julai akan menjadi kayu ukur dan merupakan pilihan raya kecil pertama diadakan dalam keadaan kelaziman baharu.
Ini perkara yang anda perlu tahu tentang proses pengundian baharu ini:
• Tempoh pengundian dipanjangkan bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 5.30 petang.
• Pengundi diminta keluar mengundi mengikut masa yang ditetapkan.
• Pengundi digalak memakai pelitup muka pada hari pengundian.
• Pengundi perlu bawa kad pengundi yang telah diserahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya
• Pengundi yang tiba di saluran mengundi perlu mengikut prosedur operasi standard dengan menjaga jarak, pengesanan suhu, sanitasi tangan di kaunter saringan sebelum dibenarkan masuk.
• Pengundi akan dicalit dakwat di jari menggunakan berus (satu berus, satu pengundi)
• Pengundi kemudiannya akan dipakaikan sarung tangan plastik sebelum diserahkan kertas undi.
• Selesai mengundi, sarung tangan hendaklah dibuang di tong yang disediakan.
• Pengundi kemudian diminta untuk mengimbas kod QR MySejahtera yang diletakkan di laluan keluar.
• Bagi pengundi yang mempunyai gejala / tidak sihat, proses pengundian akan dijalankan di khemah khas yang dijaga oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).