Mudahkan petani jual produk

SARIKEI: Penduduk kawasan Merudu dan Meruton di sini menarik nafas lega apabila jalan raya di kawasan itu dinaik taraf oleh kerajaan.

Penghulu Yeu Chii Tung berkata, usaha tersebut membukti kesungguhan kerajaan dalam menyediakan kemudahan kepada rakyat.

Menurutnya, jalan berkenaan merupakan laluan penting penduduk untuk ke pusat bandar selain membawa hasil pertanian.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat (YB) Datuk Seri Huang Tiong Sii yang cukup prihatin dengan keperluan kami di kawasan ini,” katanya.

Dalam pada itu Tiong Sii berkata, Kerajaan Sarawak peka dengan keperluan rakyat dengan menyediakan dana yang besar melalui projek RTP untuk membina dan naik taraf infrastruktur asas terutama di kawasan kampung.

Menurutnya, semua projek tersebut membantu menyegerakan pelaksanaan pelbagai projek keperluan asas di luar bandar, menaik taraf jalan dalam kampung dan pembinaan dewan masyarakat yang baharu.

“Sarawak adalah satu-satunya negeri yang mempunyai program pembangunan luar bandar yang unik, menggunakan sepenuhnya peruntukan negeri.

“Saya sedar pembangunan luar bandar amat penting untuk meningkatkan ekonomi pertanian. Oleh itu, jalan raya yang sempurna memudahkan perjalanan petani untuk memasarkan produk mereka,” tegasnya.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak