Sentiasa santuni orang kawasan

LIMBANG: Wakil rakyat menggunakan platform Program Ziarah Ukas dan Pemimpin untuk terus menyantuni masyarakat setempat, kata Adun Batu Danau Paulus Palu Gumbang.

Jelasnya, tujuan program itu diadakan untuk menyantuni masyarakat di samping menghulurkan bantuan kepada mereka yang serba kekurangan dan kurang mampu termasuk yang mengalami masalah kesihatan.

Menurutnya, program berkenaan menunjukkan keprihatinan pihak kerajaan yang komited untuk memajukan sosioekonomi penduduk setempat khususnya di kawasan luar bandar seperti kawasan Dun Batu Danau.

“Seramai 21 orang menerima sumbangan berbentuk barang keperluan semasa program tersebut berlangsung,” katanya semasa menghadiri program tersebut di Dewan JKKK, Kampung Kubong baru-baru ini.

Paulus turut berkesempatan menyerahkan geran JKKK sebanyak RM 10,000 kepada kampung dan rumah panjang lebih 20 pintu dan RM7,000 bagi rumah panjang kurang 20 pintu. Manakala RM3,000 bagi setiap Gerempung Indu.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak