Mayat tanpa identiti ditemui di Pujut

MIRI: Satu mayat lelaki tidak diketahui identiti ditemui terapung di dalam parit di kawasan Pujut padang Kerbau berhampiran Shell Jalan Miri Bypass, di sini, hari ini.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan tersebut daripada pihak polis sekitar jam 3.06 petang.

Susulan itu, jelasnya, sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Lopeng telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa daripada parit terbabit.

“Setibanya di lokasi mendapati satu mayat lengkap berpakaian kelihatan terapung di permukaan sebuah parit.

“Pasukan operasi berjaya mengeluarkan mangsa sebelum mayat terbabit diserahkan kepada pihak polis,” jelasnya dalam satu kenyataan semalam.

Tambahnya, susulan itu, operasi seterusnya ditamatkan sepenuhnya sekitar jam 4.03 petang.

Terdahulu, seramai enam anggota BBP dan dibantu oleh lima PDRM terlibat dalam operasi mengeluarkan mayat dari tempat kejadian.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak