Tujuh kluster masih aktif di Kuching

KUCHING: Tujuh kluster masih aktif di Kuching iaitu syarikat kejuruteraan, Mambong, pusat perubatan, Jupiter, Pasar Stutong, jeti Kuching dan Sentosa.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, setakat ini, kluster syarikat kejuruteraan kekal dengan dua kes, kluster Mambong kekal dengan lima kes dan kluster pusat perubatan juga kekal tiga kes.

“Kluster Jupiter juga kekal tiga kes manakala kluster jeti Kuching kekal dua kes.

“Bagaimanapun, kluster Pasar Stutong terdapat penambahan tiga kes menjadikan enam kes dan kluster Sentosa bertambah satu kes menjadikannya tujuh kes,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, JPBN mengisytiharkan kluster tapak pembinaan tamat setelah tiada kes baru dikesan dalam tempoh 28 hari yang boleh dikaitkan dengan kluster ini.

“Kes terakhir melibatkan kluster ini dilaporkan pada 24 Jun lalu iaitu kes yang ke-570.

“Kes terakhir juga telah discaj dan pulih pada 6 Julai lalu,” tambahnya,

Katanya, setakat hari ini seramai 292 orang telah disaring dan hanya tiga kes atau 1.03% yang didapati positif Covid-19.

“Index kes kepada kluster tapak pembinaan adalah kes-563 yang dilaporkan pada 18 Jun iaitu merupakan seorang bukan warganegara dari Indonesia yang telah masuk ke Sarawak pada bulan Mac.

“Memandangkan pergerakan masuk kes indeks telah lama sebelum jangkitan dikesan, punca kluster tapak pembinaan berkemungkinan berpunca daripada jangkitan tempatan,” ujarnya.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak