PENGACARA terkenal, Datuk Aznil Nawawi kini bergiat aktif melakukan aktiviti kebajikan seperti membantu pusat Maahad Tahfizul al-Quran Anawiyah.

Memetik kenyataan Astro Gempak, Aznil terpanggil membantu pusat tahfiz tersebut menghadapi pelbagai kekurangan dari segi kemudahan.

Menurut sumber, sumbangan RM31,000 termasuk daripada peminat berjaya disalurkan kepada pusat tahfiz.

“Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, hampir semua fasiliti dan struktur tahfi z tersebut rosak,” kata Aznil.

Tambah Aznil, sumbangan tersebut diharap dapat mengurangkan beban kos yang ditanggung oleh pihak tahfiz.