PORTSMOUTH: Seorang lelaki didenda selepas didapati bersalah berpura-pura menjadi hantu dan berkelakuan tidak senonoh di sebuah tanah perkuburan.

Anthony Stallard mengaku bersalah mengeluarkan perkataan kesat, berbaur ugutan serta tingkah laku yang mengancam atau kasar di hadapan mahkamah Portsmouth.

Stallard, 24, dikatakan keluar minum bersama rakan-rakannya dan mereka melepak di Tanah Perkuburan Kingston di Portsmouth.

Mereka juga bermain bola sepak di tanah perkuburan itu. Tingkah laku mereka tidak menyenangkan penduduk sekitar menyebabkan mereka membuat laporan kepada polis.

Selain bermain bola sepak, salah seorang dari mereka turut berpura-pura menjadi hantu.

Ekoran itu Stallard, yang berasal dari Southsea, Hampshire, didenda £35, tambahan £20 kepada mangsa dan £20 untuk bayaran kos perbicaraan. Semuanya £75 (RM413)