KUCHING: Kerja-kerja membaik pulih Jambatan Sungai Maong dan Jambatan Sungai Maong Kiri telah dimulakan pada Isnin lalu iaitu 3 Ogos dan akan selesai pada 31 Ogos.

Sehubungan itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kuching dalam satu kenyataan hari ini memberitahu para pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati semasa memandu di lokasi-lokasi tersebut sepanjang tempoh penyelenggaraan.

Segala pengurusan trafik untuk keselamatan pula harus dipatuhi terutamanya apabila satu lorong jalan ditutup sepenuhnya.

Dalam pada itu, pengguna digalakkan untuk menggunakan laluan alternatif yang sedia ada sehingga tamatnya kerja-kerja membaik pulih.

Peta tapak yang berkaitan turut disertakan untuk rujukan para pengguna jalan raya