PEMANASAN global kini menjadi salah satu isu utama pencemaran alam sekitar yang kini dilihat semakin parah. Kita menyaksikan pemanasan global menjadi punca paras air laut semakin naik dan cuaca semakin panas.

Peningkatan suhu air laut juga turut berpunca daripada pemanasan global sehingga menyebabkan ancaman kehidupan haiwan di laut.

Sedar atau tidak, pemanasan global menjadi ancaman serius yang pasti mengganggu ekosistem bumi. Tidak menghairankan banjir sering berlaku di kawasan rendah dan beberapa pulau kini sudah hilang daripada peta dunia akibat paras air semakin meningkat.

Ancaman Serius

MEMETIK kenyataan Bernama, Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Haliza Abdul Rahman berkata, perubahan iklim global adalah fenomena pemerangkapan gas yang dikenali sebagai gas rumah hijau.

Haliza Abdul Rahman

“Ini menyebabkan Bumi menerima lebih haba daripada cahaya matahari berbanding haba yang keluar daripada sistem berkenaan,” katanya.

Tambah Dr Haliza, pemanasan iklim global turut menyebabkan perubahan cuaca lebih ekstrem dalam jangkaan masa yang panjang.

Ini membuktikan ancaman pemanasan global sangat serius dan perlu diberi perhatian kerana ia bakal mengganggu ekosistem alam semula jadi.

Sebagai contoh, pemanasan global mampu menyebabkan kemarau yang ekstrem sehingga mengorbankan nyawa manusia, haiwan ternakan dan hasil pertanian.

Kesan Pemanasan Global

Memetik kenyataan The Independent, ikan kod kemungkinan mengalami kepupusan sekiranya pemanasan global  semakin berterusan.

“Ikan kod mungkin tidak dijumpai dalam mana-mana menu restoran di Britain ekoran ikan tersebut mengalami kepupusan,” kata sumber.

Peningkatan suhu di lautan menjadi punca banyak  ikan kod mati kerana tidak mampu mengadaptasikan suhu yang panas.

Ini membuktikan kesan pemanasan global memberi ancaman bukan sahaja memberi ancaman ke atas ekosistem tetapi sumber makanan manusia.

Perubahan cuaca secara ekstrem juga memberi kesan sumber bekalan makanan manusia kerana banyak manusia dan tumbuhan mati akibat cuaca terlalu ekstrem.

Usaha Dan Inisiatif

Bagi mengurangkan kesan pemanasan global, pelbagai usaha yang dilakukan seperti menggubalkan dan menguat kuasa undang-undang.

Selain itu, kerjasama antara negara seperti China dan AS bagi mengurangkan ancaman pemanasan global. Memetik Times Online, polisi inisiatif rumah hijau wilayah di Pennsylvania mampu menjimatkan kos berbilion dolar AS.

Ini membuktikan usaha mengurangkan kesan pemanasan global bukan sahaja menjimatkan kos dan operasi, tetapi menyelamatkan ekosistem alam semula jadi.

Oleh itu, jangan mengambil remeh akan ancaman pemanasan global kerana ia memberi impak kehidupan seharian manusia.

Jangan bakar! – Foto AFP