KUCHING: Operasi perniagaan di zon satu yang meliputi Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian dibenarkan beroperasi seperti biasa, berkuat kuasa 15 Ogos ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam satu kenyataan memberitahu, keputusan tersebut dibuat selepas berbincang serta mendapat pandangan dari sudut kesihatan dan ekonomi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan industri pelancongan semalam.

Terdahulu, JPBN memaklumkan bahawa operasi premis perniagaan ini hanya dibenarkan dari jam 6 pagi hingga 10 malam, bermula 1 hingga 14 Ogos ini.