MIRI: Usahawan wanita Sarawak dibantu mendapatkan lesen dan permit perniagaan untuk memudahkan mendapatkan bantuan yang disediakan.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Rosey Yunus berkata, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terdapat usahawan dan peniaga terjejas tidak berjaya mendapat bantuan yang disediakan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak kerana gagal memenuhi kriteria.

“Masih ramai usahawan wanita Sarawak yang terjejas tidak layak menerima atau memohon bantuan kerana tidak memenuhi kriteria utama permohonan iaitu mesti memiliki lesen atau permit perniagaan.

Gambar fail – Rosey Yunus

“Atas dasar itu, Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak mengambil inisiatif mengadakan program ini membolehkan usahawan wanita memperoleh lesen dan permit perniagaan.

“Ini membolehkan mereka mendapat bantuan yang disediakan,” katanya ketika berucap pada Penangguhan Program Pelesenan Perniagaan Usahawan Wanita Sarawak di Dewan Masyarakat Bekenu, kelmarin.

Pada program itu, 51 peserta yang terdiri daripada usahawan wanita di sekitar Daerah Subis, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK), Kaunselor Majlis Daerah Subis dan wakil agensi keahlian petugas khas menyertai program tersebut.

Hadir sama, Pemangku Timbalan Residen Bahagian Miri ose Edward Tarang, Pegawai Daerah, Subis Jamalie Busri, Pemanca Ali Haji Mudin, Penolong Pengarah Jabatan Wanita Dan Keluarga Sarawak, Ahmad IL Yassin Azman dan Setiausaha Majlis Daerah Subis Farah Soffya Mohd Sharbin