BEIRUT: Lubnan menanggung kerugian AS$15 bilion (RM62.86) akibat ledakan di Pelabuhan Beirut yang menewaskan sekitar 200 jiwa.

Memetik AFP, nilai taksiran kerugian tersebut diungkapkan oleh Presiden Lubnan Michel Aoun dalam perbualan telefon beliau dengan Raja Sepanyol Felipe pada Rabu.

Setakat ini 5,000 dilaporkan cedera dengan 300,000 penduduk hilang tempat tinggal dalaman letupan ammonium nitrat menghancurkan kawasan sehingga dalam garis pusat 5 kilometer.

Difahamkan bahan tersebut sepatutnya dihantar ke Mozambique dari Georgia.

Namun kapal tidak diizinkan meninggalkan Beirut kerana dikatakan belum membayar caj pelabuhan.

Kini gelombang demonstrasi meluas di Lubnan yang menuntut tanggungjawab pemerintah.

Ia juga memaksa Perdana Menteri Lubnan Hassan Diab mengundur diri.