KUCHING: Timbalan Ketua PBB Satok Datuk Ibrahim Baki menyertai warga emas memasang Jalur Gemilang di Pusat Aktiviti Warga Emas (Pawe) Sri Satok di sini, semalam.

Beliau dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Abdul Samad Gany sebelum itu menghadiri Program Kibar Jalur Gemilang bersama-sama ahli Pawe sempena sambutan Hari Kebangsaan 2020.

Sekitar 20 ahli Pawe menyertai program ringkas itu.