BAU: Satu mayat lelaki ditemui dalam keadaan tergantung di sebatang pokok berhampiran bangunan pasar raya Jun Rong, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon menerusi satu kenyataan media mengesahkan pihaknya menerima laporan terbabit daripada orang awam sekitar jam 7.15 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota peronda kereta polis (MPV) Bau telah dikerahkan ke lokasi kejadian untuk membuat siasatan lanjut.

Dedahnya, mangsa tidak didedahkan nama itu merupakan seorang lelaki berbangsa Bidayuh, 48, yang beralamat di Kampung Seromah, Bau, Sarawak.

“Hasil pemeriksaan petugas dari Hospital Bau mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat telah dibawa ke Hospital Bau untuk tindakan siasatan lanjut,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kes masih lagi dalam siasatan dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut(SDR).

MATI… Mayat ditemui dalam keadaan tergantung oleh orang awam sebelum melaporkan kejadian kepada pihak polis