KUCHING: Perasaan gembira jelas terpancar pada wajah sepuluh murid mangsa kebakaran di Kampung Telaga Air.

Kakitangan Pusat Khidmat Adun Pantai Damai Nor Atikah Duan berkata, ini kerana pelajar itu telah dibawa membeli barangan keperluan sekolah.

Menurutnya, dalam kebakaran yang berlaku pada malam Khamis lepas, rumah pelajar berkenaan termasuk barangan keperluan sekolah musnah.

“Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mangsa kebakaran yang mula bersekolah hari ini.

“Sekolah akan dibuka pada Isnin minggu depan (hari ini), jadi bantuan ini dapat membantu mereka.

“Ini kerana semua keperluan sekolah mereka telah musnah dalam kebakaran,” katanya.

Menurutnya, mereka turut berterima kasih kepada Menteri Muda Hal Ehwal Agama dan DBKU Adun Pantai Damai Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi yang menghulurkan sumbangan tersebut.