KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Politeknik Mukah Dullah Muluk,di sini semalam.

Kunjungan hormat tersebut diadakan di pejabat Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia Petra Jaya, di sini.

Tujuan kunjungan hormat tersebut untuk menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak atas beberapa sumbangan dan bantuan kepada Politeknik Mukah.

Turut hadir ketika kunjungan hormat tersebut, Timbalan Pengarah Sokongan dan Akademik Iskandar Reduan, Timbalan Pengarah Akademik Mohamad Sani Said, Ketua Unit Komunikasi dan Korporat Politeknik Mukah Mohamad Baharruddin Mohamad dan Setiausaha Pejabat Lenty Nyaoh.