MIRI: Seekor ular sawa ditemui bersembunyi di bawah ketuhar di luar sebuah rumah di Kampung Padang, Kelulit, Bekenu di sini kelmarin.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, pihak bomba menerima panggilan pada jam 4.29 petang.

Menurutnya sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah, mereka bergegas ke tempat kejadian sekitar 21 kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati seekor ular sawa berada di bawah ketuhar pengadu.

“Operasi menangkap ular tersebut menggunakan penjerut ular,” katanya dalam satu kenyataan semalam. Beliau memberitahu, ular itu berjaya ditangkap dalam tempoh lima minit.

“Ia kemudiannya dilepaskan di tempat yang selamat.