MIRI: “Pantang maut sebelum ajal”.

Seorang penunggang motosikal terselamat dalam kemalangan ngeri di Jalan Lutong, Kuala Baram di sini kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 9 pagi, mangsa terperosok di bawah lori, ketika menuju ke pusat bandar.

Namun mangsa yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun motosikalnya hancur.

Menurut sumber, motosikal dan lori terbabit bergerak ke arah yang sama. Kemalangan berlaku sebaik kedua-duanya melepasi lampu isyarat.