KEROPOK ketam sememangnya menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang rangup dan enak.

Selain rangup, keropok ketam juga dapat dijadikan makanan ringan yang dibawa ke mana-mana.

Oleh itu, pengusaha NastyCrab, Mohd Shazreen Mohamad Bahaman mengambil inisiatif untuk menghasilkan keropok ketam.

Shazreen mengatakan idea menghasilkan keropok ketam bermula semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Keropok ketam selalu dibuat oleh arwah ibu saya, Dayang Saadiah Datuk Othman semasa zaman kanak-kanak saya,” katanya.

 RANGUP… Keropok ketam sememangnya menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang rangup dan enak.

Bermodalkan Kecil

Dengan bermodalkan hanya RM300, Shazreen mengambil langkah untuk membuat perniagaan keropok ketam.

“Pada hari pertama perniagaan ini dijalankan, kami hanya dapat menjual dalam tiga botol kepada pembeli ,” jelasnya.

Menurut Shazreen, dia tidak menyangka apabila pelanggan semakin menggemari keropok ketamnya.

“Ramai pula membuat tempahan untuk keropok ketam terutama musim perayaan Aidilfitri lepas,” ujarnya.

Tambah Shazreen, dia bersyukur kerana perniagaan semakin nampak berhasil dan berjalan dengan lancar.

PROSES… proses menghasilkan keropok ketam yang terbaik agak mengambil masa yang lama.

Proses Hasilkan Keropok Ketam

Menurut Shazreen, proses menghasilkan keropok ketam yang terbaik agak mengambil masa yang lama.

“Kami mahukan keropok ketam dapat menghasilkan tekstur dimahukan serta aroma yang menghasilkan bau bawang putih dan daun kari,” ujarnya.

Tambah Shazreen, bawang putih mempunyai khasiat yang dapat memberi manfaat kepada kesihatan manusia.

“Bawang putih mampu memberi tenaga kepada manusia yang terbukti berkesan semenjak zaman dahulu lagi,” katanya.

Oleh itu, idea keropok ketam bukan hanya sekadar makanan ringan semata-mata tetapi dapat memberi manfaat untuk kesihatan.

TEKSTUR… keropok ketam dapat menghasilkan tekstur dimahukan serta aroma yang menghasilkan bau bawang putih dan daun kari.

Cabaran Dan Dugaan

Sepertimana perniagaan lain, Shazreen mengakui perniagaan keropok ketam tetap menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan.

“Bagi saya, proses menghasilkan keropok ketam agak rumit dan memerlukan kesabaran yang tinggi,” katanya.

Selain itu, Shazreen juga mengambil langkah mempromosikan perniagaannya melalui pelbagai platform media sosial seperti Instagram.

“Orang ramai dapat mengikuti Instagram @nastycrab25 untuk melihat pelbagai produk yang dijual oleh kami,” jelasnya.

Nasihat Shazreen, dia berharap anak muda perlu membuang sifat malu sekiranya melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

“Jangan lupa bersedekah kerana amalan bersedekah mampu meningkatkan rezeki serta mendidik diri untuk terus bersabar,” nasihatnya lagi.

INISIATIF… pengusaha NastyCrab, Mohd Shazreen Mohamad Bahaman mengambil inisiatif untuk menghasilkan keropok ketam.

 

KESIHATAN… idea keropok ketam bukan hanya sekadar makanan ringan semata-mata tetapi dapat memberi manfaat untuk kesihatan.