PERKONGSIAN tajuk kali ini dipilih bukan bermakna kehidupan penulis sangat sempurna. Tetapi penulis terpanggil membicarakan perkara ini.

Sebenarnya, perkara yang dikongsikan ini untuk diri sendiri memperoleh ilmu dan panduan. Seterusnya, dikongsi kepada pembaca yang mungkin dapat memperoleh manfaat daripadanya.

Fikiran yang positif menjadikan seseorang itu hidup lebih bahagia dan menikmati kehidupan seharian tanpa sebarang kerisauan dan kekecewaan.

Orang selalu berfikiran positif, memiliki semangat luar biasa dan tidak mudah putus asa melangkah maju ke hadapan dan berjaya mencapai kejayaan.

Bagaimana mahu bahagia dan berjaya kalau selalu fi kirnegatif? Jadi kita perlu berfikiran positif.

Ubah Pemikiran Anda

Perkara pertama yang perlu kita ubah ialah pemikiran.

Kita perlu mengubah pemikiran ke arah yang lebih positif.

Setiap kali bangun pagi, katakan kepada diri anda seorang yang ceria dan positif.

Setiap kali bangun tidur, kita perlu bersyukur nikmat yang dikurnaikan.

Bersyukurlah dengan segala nikmat yang diberikan kepada kita yang tidak dapat dikira jumlahnya.

Percayalah kita lebih tenang.

Kurang bersyukur salah satu punca kenapa hidup tidak bahagia dan tenang. Pada suatu ketika, kita melihat orang lain lebih daripada kita dalam semua aspek membuatkan hati menjadi tidak senang, cemburu, dengki atau apa-apa sahaja perasaan negatif.

Kita perlu bersyukur dengan apa-apa yang kita miliki sekarang.

Dekatkan diri dengan Tuhan

Kita perlu tahu apa-apa yang berlaku dalam hidup kita semuanya atas ketentuan Allah swt. Ingat setiap masalah yang kita hadapi semuanya datang daripada-Nya.

Jadi mendekatkan diri kepada-Nya.

Kita perlu sentiasa beribadah dan berdoa meminta pertolongan-Nya agar diberikan jalan penyelesaian masalah atau dugaan yang dihadapi.

Apabila kita luahkan segala masalah kepada-Nya, hati kita pasti lega dan tenang.

Kita juga meletakkan Tuhan dalam segala urusan hidup kita, tiada rasa kebergantungan kepada makhluk lain.

Bersyukur

Ada orang mempunyai suami dan isteri yang hebat, tapi masih lagi tidak bahagia.

Ada orang mempunyai keluarga ternama tapi jauh di sudut hati terasa kosong. Kenapa?

Semua orang inginkan kebahagiaan.

Tiada orang tidak mahu hidup bahagia. Bagaimanapun, kadangkala hati tidak bahagia dan tenang. Apabila melihat kebahagiaan orang lain, kita berasa gusar, serba tak cukup dan tidak kena.

Mungkin kita tidak kaya. Mungkin juga pasangan kita tidak cukup membahagiakan. Mungkin kerjaya kita tidak sehebat kawan dan pelbagai persoalan bermain di minda.

Apakah sebenarnya kecukupan itu yang membawa kebahagiaan? Bagaimana kita ingin mendapatkan kebahagiaan apatah lagi ketenangan?

Cukuplah Allah SWT tempat untuk kita bergantung dan mengharap rezeki daripada-Nya.

Kita akan “kaya” jika kita bekerja dengan tujuan mencari pahala dan reda-Nya.

Tidur Dan Rehat

Tidur dan rehat yang cukup penting bagi kesihatan mental, fi zikal kita dan prestasi sewaktu anda berjaga bergantung kepada apa-apa yang berlaku semasa anda tidur.

Kesimpulan

Hakikat manusia ini mudah merungut.

Asal isteri lambat masak pun merungut tidak sabar untuk menunggu. Apabila anak tidak dengar cakap pun kita marah dan tidak berpuas hati.

Apabila sering tak berpuas hati, maka yang indahindah tidak akan menjelma dalam hidup kita. Hidup setiap orang itu unik dan ujian diberikan sesuai dengan kemampuan seseorang.

Jadi, jangan membandingkan diri dengan orang lain. Belum tentu luaran orang itu kaya, tetapi hakikatnya mungkin kekayaan tersebut tidak membahagiakannya.

Orang yang dilihat miskin, tetapi hakikatnya dia bahagia dan tenang kehidupannya. Setiap apa-apa yang jadi pada diri kita itu sudah tentu ada tujuan dan asbabnya. Jadi bersangka baiklah dengan Allah SWT.

Walaupun, ketentuanNya pahit untuk ditelan.