KUCHING: Sebanyak 20 keluarga asnaf menerima sumbangan pada Majlis Jalinan Kasih bersama-sama isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Ragad Kurdi Taib di sini semalam.

Sumbangan berupa wang ringgit dan barangan keperluan diserahkan kepada keluarga asnaf terpilih.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut melibatkan keluarga asnaf dari Kampung Tabuan Hilir, Kampung Tabuan Ulu Haji Drahman, Kampung Tabuan Haji Drahman, Kampung Pulo Hilir, Astana, Depo, Kampung Gemersik, Kampung Sourabaya Hilir, Kampung Tupong Batu, Kampung Tupong Jaya, Kampung Tupong Tengah, Kampung Tupong Ulu, dan Cendrawasih.

Antara penerima sumbangan ialah asnaf warga emas yang tinggal bersendirian, warga emas bujang bekerja sendiri, Orang Kelainan Upaya (OKU), isi rumah ramai dan tidak mampu, ibu tunggal dan golongan B40.

Turut hadir Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

UNTUKMU… Ragad menyampai sumbangan kepada penerima sumbangan sambil disaksikan oleh Fatimah di Kuching, semalam.