DARO: Pembinaan Jambatan Batang Paloh bukan sekadar pelengkap rangkaian jalan pesisir tetapi merancakkan lagi transformasi pembangunan di wilayah tengah Sarawak.

Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh berkata, projek berimpak tinggi itu merupakan salah satu hadiah kerajaan untuk rakyat.

Katanya, pelaksanaan projek tersebut juga sejajar dengan pelaksanaan pelan pembangunan bersepadu untuk rakyat. “Usaha ini amat penting untuk membangunkan kawasan pesisir terutamanya sektor pertanian, sekali gus melonjakkan pelbagai potensi ekonomi dalam jangka panjang. ”

Selain Jambatan Paloh, pembinaan jalan raya Sarikei-Tanjung Manis, Jambatan Rajang dan Jambatan Batang Lassa menjadi sebahagian komponen pelengkap jalan pesisir yang memperlihatkan komitmen Kerajaan Sarawak menyediakan kemajuan kepada rakyat,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pecah Tanah Jambatan Paloh di Semop, kelmarin.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tanjong Manis Yusuf Abd Wahab berkata, Jambatan Paloh membuktikan kejayaan Kerajaan Sarawak menyediakan kemudahan terbaik kepada rakyat.

Ujarnya, kemudahan itu juga dilihat sebagai pelengkap kepada projek Lebuh Raya Pan Borneo yang kini sedang rancak dibina, bermula dari Lundu hingga utara Sarawak.

“Sudah pasti projek ini menjadi impian dan harapan golongan petani dan nelayan di kawasan Tanjung Manis khususnya Pulau Bruit. “Justeru, saya mewakili seluruh rakyat.