KUCHING: Ketua Penerangan PBB Datuk Idris Buang menyifatkan tindakan Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) dan DAP melanggar undang-undang secara terang-terangan.

Adun Muara Tuang itu berkata, mereka juga tidak sensitif dalam menjaga keharmonian pelbagai kaum di negeri ini dan ia sangat menyedihkan.

“Oleh itu, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen perlu melihat semula ahli parti mereka dan perlu lebih menghormati perasaan orang lain,” katanya menerusi satu kenyataan, kelmarn.

Tambahnya, ahli GPS terdiri daripada pelbagai kaum dan bukan terletak pada nama sematamata tetapi mereka mengamalkan prinsip itu sendiri. “Kami menjaga keharmonian dan perpaduan pelbagai kaum dengan kuat untuk melangkah ke tahap yang lebih baik.

“Bagaimanapun, DAP serta ahlinya secara melulu sama seperti yang mereka katakan dalam ucapan sejak bertahun-tahun lalu.

“Adakah anda mengingati ucapan ‘Superman’ yang cenderung berbau perkauman (Nga Kor Meng) dan banyak ahli retorik DAP yang lain?” soalnya.

Beliau menjelaskan, ketika menghampiri sambutan Hari Kemerdekaan ini, rakyat Malaysia berbilang kaum perlu bersemangat untuk meraikan perpaduan dengan semangat patriotisme.

“Bagaimanapun, tindakan Dapsy dan DAP yang tidak sensitif ini menimbulkan rasa tidak selesa dan rasa tidak sedap di mulut,” katanya lagi.

Terdahulu, beliau membidas kenyataan Chieng Jen baru-baru ini yang memaklumkan bahawa PBB mempunyai mentaliti yang sama seperti Umno ekoran isu papan tanda jalan.