KUCHING: Peranan tentera, polis dan petugas barisan hadapan dalam unit keselamatan sangat dihargai terutamanya ketika memerangi wabak Covid-19 di negara ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah berkata, negeri ini menghadapi tempoh sukar jika tiada komitmen, pengorbanan dan semangat profesionalisme berisan hadapan dan penduduknya.

“Pihak keselamatan memainkan peranan masing-masing dengan sangat baik dalam menjaga perbatasan kami.

“Sebagai salah satu strategi paling penting dalam perjuangan, kita perlu menutup sempadan dengan pendatang tanpa izin.

“Sememangnya tentera, polis dan pasukan keselamatan yang lain melakukan yang terbaik sebagai pasukan barisan depan semua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyambut kehadiran Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Dzulkafli Mustaffa dan Panglima Briged Ketiga Infantri Datuk Azhar Ahmad di Wisma Bapa Malaysia di sini semalam.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) berharap agar kerjasama sepanjang pascaCovid-19 dapat diteruskan kerana pertarungan memerangi isu kesihatan global itu masih belum selesai.

“Walaupun jumlah kes positif dilaporkan di negeri ini tidak naik mendadak namun rakyat tidak harus berasa segera berpuas hati.

“Virus masih ada dan kita harus sentiasa berjaga-jaga,” tegasnya lagi.

Dalam pertemuan tersebut juga, Dzulkafli dan Azahar juga sedia memberikan sokongan dan kerjasama sepenuhnya kepada JBPN dalam menangani dan membantu pelbagai masalah kselamatan dan kesejahteraan negeri ini.

Negara boleh bergantung kepada kami untuk membantu dalam aspek keselamatan pada bila-bila masa,” jelas Dzulkafli.