SIAPA sangka seorang anak muda bangkit daripada kejatuhan mampu membina perniagaan pertanian.

Usahawan, Awangku Azizul Awangku Omar, 28 berkata dia memulakan modal yang kecil mampu demi impiannya untuk membina perniagaan pertanian.

“Pada mulanya, saya berjinak dalam bidang pembinaan pada 2015 tetapi saya beralih kepada bidang pertanian kerana minat saya mendalam kepada bidang tersebut,” katanya.

Tambah Azizul, pelbagai usaha dilakukan seperti menyimpan modal daripada hasil perniagaan bidang pembinaan demi impiannya mengusahakan bidang pertanian.

“Saya mengakui sememangnya agak sukar untuk menyimpan modal kerana terpaksa berhadap dengan pelbagai dugaan dan cabaran,” ujarnya lagi.

. MENCABAR… Azizul dan pekerja mengusahakan tanah seluas hampir 1.2 ekar yang sememangnya agak mencabar.

Cabaran dan dugaan

Menurut Azizul, dia berjaya mengumpul modal yang diusahakan selama ini untuk memulakan perniagaan pertanian.

“Saya bersyukur kerana dua pekerja membantu saya mengusahakan tanah yang luas bertujuan untuk pertanian,” ujarnya.

Tambahnya, Azizul dan pekerja mengusahakan tanah seluas hampir 1.2 ekar yang sememangnya agak mencabar.

Selain itu, Azizul berkata sebanyak 4,000 nanas ditanam pada mulanya dan akhirnya menghasilkan buah yang segar untuk dijual.

“Hasil tanaman nanas juga mendapat sambutan menggalakkan dan berjaya menjual di pasar raya dan kedai buah tempatan,” jelasnya lagi.

NANAS… sebanyak 4,000 nanas ditanam pada mulanya dan akhirnya menghasilkan buah yang segar untuk dijual.

Bangkit Daripada Kejatuhan

Sebelum ini, Azizul berkata dia selalu mencuba lakukan pelbagai perniagaan dan sering menemui kegagalan.

Namun, kegagalan tersebut bukan dijadikan sebagai alasan untuk terus menjadi putus asa.

Selain itu, Azizul berkata dia menganggap Allahyarham ayahnya, Awangku Omar sebagai sumber inspirasi.

Tambah Azizul, dia mengakui dirinya sebelum ini agak manja kerana disokong oleh arwah ayahnya.

Namun, Azizul tersungkur apabila ayahnya meninggal dunia dan berjaya bangkit untuk mengejar impian.

“Saya tidak malu untuk menjual nanas walaupun hanya mengambil untung yang sedikit,” katanya lagi.

BANTU… Saya bersyukur kerana dua pekerja membantu saya mengusahakan tanah yang luas bertujuan untuk pertanian.

Inspirasi Anak Muda

“Sebagai anak muda, saya berharap jangan mudah berputus asa dalam melakukan apa-apa jua perkara,” nasihatnya.

Tambah Azizul, perniagaan pertanian ini bukan perkara yang sangat mudah dan perlu menghadapi dugaan dengan penuh kesabaran.

“Bukan mudah untuk mencapai kesenangan dan setiap kejayaan memerlukan sesuatu pengorbanan,” jelasnya.

Ujar Azizul, dia percaya anak muda mampu melakukan perkara diminati sekali gus menjadikan minat mereka sebagai sumber pendapatan mereka.

Begitulah sedikit sebanyak kisah kebangkitan usahawan pertanian muda yang berkongsi pengalaman sebagai inspirasi kepada anak muda.

BUKAN ALASAN… kegagalan tersebut bukan dijadikan sebagai alasan untuk terus menjadi putus asa.

 

MINAT… anak muda mampu melakukan perkara diminati sekali gus menjadikan minat mereka sebagai sumber pendapatan mereka.

 

IMPIAN… Awangku Azizul Awangku Omar, 28 berkata dia memulakan modal yang kecil mampu demi impiannya untuk membina perniagaan pertanian.