KUCHING: Dua lelaki Indonesia yang didapati bersalah mengedar dadah dijatuhi hukuman gantung sampai mati sementara seorang lagi dibebas dan dilepaskan daripada pertuduhan sama semalam.

Pesuruhjaya Kehakiman Alexander Siew berpuas hati dengan pendakwaan yang berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah terhadap kedua-dua tertuduh dan disabitkan kesalahan mengedar dadah seberat hampir empat kilogram jenis Methamphetamin.

Kedua-dua tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Merbahaya, 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama.

Mahkamah juga mengarahkan seorang lagi tertuduh dibebas dan dilepaskan daripada pertuduhan memiliki dadah jenis Methamphetamin seberat 772.8 gram dan diarah diusir keluar dari negara ini secepat mungkin.