SIMUNJAN: Penduduk di Daerah Simunjan yang dilanda ribut pada Sabtu lalu hingga menyebabkan kediaman mereka rosak mendapat perhatian Adun Simunjan Awla Dris.

Sehubungan itu, Awla Dris turun padang meninjau keadaan mangsa yang terjejas selain turut menghulurkan sumbangan.

“Kami bersimpati dengan masalah yang menimpa mangsa ekoran kejadian tersebut.

“Diharapkan mereka tabah dan bersabar, bantuan yang dihulurkan ini mungkin dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang dihadapi,” ujar Awla kepada Suara Sarawak semalam.

Menurut Awla, 21 rumah dari Kampung Hijrah Lot, Simunjan mengalami kerosakan selepas kejadian ribut.

Bahagian bumbung salah sebuah bangunan di Balai Polis Daerah Simunjan turut rosak.

TERCABUT… Sebahagian atap salah sebuah bangunan di Balai Polis Daerah Simunjan yang rosak akibat rIbut.