Apa yang Baru tahu tentang GPS?

KUCHING: Ahli Majlis Presiden PSB Baru Bian mendakwa GPS boleh kehilangan undi dalam Pilihan Raya Negeri kerana prinsipnya yang mesra Perikatan Nasional.

Sebaliknya Adun Serembu Miro Simuh melontar soalan kepada Baru – ketika menjadi Menteri Kerja Raya, apa yang Baru lakukan untuk Sarawak?.

“Beliaulah yang membatalkan sebahagian besar projek persekutuan di Sarawak. Tetapi Baru masih ada keberanian membidas peranan GPS walaupun Adun Ba’Kelalan itu sendiri masih ragu-ragu tentang hala tuju politiknya,” katanya.

Miro yang juga Timbalan Ketua Pemuda PBB mengulas kenyataan Baru bahawa GPS, kononnya bakal kehilangan undi kerana sokongannya terhadap Perdana Menteri dan Pas.

Bekas Ketua PKR Sarawak itu terlalu yakin, hubungan baik GPS dengan kerajaan pemerintah di Putrajaya akan membuat parti itu kehilangan banyak undi.

“Baru terlalu takut akan bayangannya sendiri. Beliau melemparkan tanggapan negatif terhadap GPS tanpa menyedari dirinya merupakan katak kejam yang melompat ketika partinya dalam krisis,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa Sarawak tidak memerlukan pemimpin yang hanya tahu memprovokasi, menyebarkan pembohongan, menimbulkan fitnah tanpa melakukan apa-apa.

“Untuk PRN, rakyat Sarawak tidak memerlukan Baru Bian, pemimpin yang hanya pandai bercakap,” katanya.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak