Cuaca buruk: Operasi SAR mangsa tugbot karam di Kuala Igan ditangguh

MUKAH: Operasi mencari dan menyelamat seorang kelasi kapal tugbot yang masih hilang terpaksa ditangguhkan pada 4.00 petang tadi berikutan cuaca gelap dan hujan lebat.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, SAR yang memasuki hari kedua itu dilakukan dengan pencarian di atas permukaan air pada radius satu kilometer (km).

Bagaimana pun sehingga jam 4.00 petang mangsa yang merupakan seorang lelaki warga Indonesia masih belum dijumpai.

Dalam kejadian kira-kira 3.00 petang Sabtu, mangsa yang belum diketahui nama dan umur itu dilaporkan hilang selepas tugbot yang dinaiki mereka karam di Kuala Igan.

Dua lagi rakan mangsa yang masing-masi ng berusia 64 tahun dilaporkan terselamat dalam insiden berkenaan.

Menurut juragan kapal yang juga saksi kejadian, mangsa terjun dan hanyut sebelum kapal terbabit karam.

Selain Bomba, operasi turut disertai Polis Diraja Malaysia, Lembaga Sungai Sungai Sarawak (LSS) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

 

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak