Kemudahan lebih selamat dan selesa untuk rakyat

SARIKEI: Peruntukan berterusan bagi melaksanakan pelbagai projek rakyat membuktikan komitmen ADUN N.45 Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii dalam usaha membela nasib rakyat di kawasannya.

Ia termasuklah penyaluran peruntukan untuk sekolah, rumah ibadat termasuk tokong dan gereja di kawasan berkenaan.

Dalam tempoh empat tahun, wakil rakyat itu menyalurkan peruntukan besar untuk sekolah rendah dan menengah.

Usaha itu bertujuan memastikan golongan muda di Repok berpeluang menimba ilmu dalam suasana yang lebih selamat dan selesa.

“Saya memberi tumpuan terhadap aspek pendidikan kerana sedar itulah pelaburan terbaik untuk masa depan. Malah, saya juga percaya ilmu yang sempurna mampu menyediakan kehidupan lebih terjamin khususnya kepada golongan muda,” kata Huang.

Beliau memperuntukkan sebanyak RM50,000 bagi menaiktaraf kemudahan Tokong Lu Ping Kim dan RM35,000 untuk Tokong San Nguong Sia, Jakar di bawah projek RTP 2019.

Semalam, Huang meneruskan rutin turun padang meninjau perlaksanan projek RTP di kawasannya termasuk Tokong Che San Fu di Jalan Kwong Ming – Minah.

“Secara keseluruhan, usaha baik pulih tokong ini menggunakan peruntukan RTP 2019 selesai sepenuhnya.

“Saya berpuas hati dengan kerjasama semua pihak malah pelaksanaannya juga berjalan lancar,” katanya.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak