Kenali penyakit pascatrauma (PTSD)

PENYAKIT pascatrauma adalah penyakit melibatkan masalah mental yang menyebabkan pesakit teringat trauma pada masa lalu.

Pesakit mudah mengimbau kenangan trauma pada masa lalu seperti perang, bencana, putus cinta atau kematian.

Ini menyebabkan mental pesakit terganggu dengan trauma sehingga memberi kesan buruk kepada masalah kesihatan. Adakalanya, pesakit mungkin menghidap penyakit kronik seperti sakit jantung akibat penyakit pascatrauma yang dialami.

Simptom Dan Gejala

Gejala ini dapat dikesan selepas beberapa bulan peristiwa buruk atau malang berlaku kepada pesakit tersebut.

Antaranya ialah pesakit pascatrauma sering mengingati dan menyebut peristiwa trauma sehingga mampu terbawa-bawa dalam mimpi.

Selain itu, pesakit juga cenderung mempunyai perasaan negatif dan tidak lagi berminat dengan perkara yang disukainya. Kadangkala, pesakit juga lebih selesa bersendirian dan kurang berbicara dengan mana-mana orang lain.

Kesan Pascatrauma

Penyakit pascatrauma menyebabkan pesakit mengalami masalah kemurungan sehingga mengambil keputusan kurang waras seperti bunuh diri.

Selain itu, pesakit juga cenderung mengambil dadah atau ketagihan alkohol semata-mata untuk kurangkan penderitaan mental yang dialami.

Sekiranya mana-mana ahli keluarga mempunyai simptom pascatrauma, jangan mengambil remeh dan dapatkan rawatan pakar segera.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak