Merkuri tumpah di Hospital Sarikei

SARIKEI: Tindakan pantas anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei membersih tumpahan merkuri menyelamatkan kakitangan Makmal Darah Hospital Sarikei daripada terdedah bahan kimia.

Ketua BBP Sarikei Mahmudin Narudin berkata, pasukannya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan sekitar jam 3.24 petang.

Katanya, anggotanya yang lengkap dengan alat bantuan pernafasan memulakan gerak kerja dengan menabur serbuk sulfur di atas permukaan tumpahan merkuri.

“Kami juga menggunakan pita pelekat dan sulfur untuk membersih sisa tumpahan di lantai,” katanya ketika dihubungi.

Mahmudin berkata, permukaan lantai perlu dibersih dengan teliti bagi memastikan tiada sisa bahan kimia itu tertinggal.

“Operasi tamat pada 4.06 petang. “Kami juga melakukan pemantauan susulan sebelum balik ke balai,” katanya.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak