Pembangunan ikut kehendak penduduk

SERIAN: Aktiviti pertanian di Bukit Semuja berkembang pesat dengan adanya pembangunan infrastruktur dan ekonomi.

Adun Bukit Semuja John Ilus berkata, semasa PRN lalu, pembangunan infra dan ekonomi menjadi salah satu manifestonya.

“Pagi ini (semalam), kita dapat lihat pembangunan merangkumi dua perkara iaitu pembangunan infra dan kemajuan ekonomi. “Ini selaras dengan hasrat Kerajaan Sarawak hari ini.

Aktiviti pertanian sekarang bukan seperti dahulu.

“Pertanian hari ini merupakan satu aktiviti yang berkembang pesat, khususnya di Bukit Semuja ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada upacara pecah tanah projek menambah baik infrastruktur kawasan sawah padi Paya Empiduh, projek penyelenggaraan jalan pertanian Jalan Sau dan projek menaik taraf jalan Kampung Lebor di sini, semalam.

Beliau berharap dengan adanya pembinaan infrastruktur baharu, peningkatan input pertanian dapat terus bertambah, meningkatkan pendapatan dan ekonomi Bukit Semuja dan Serian.

Dalam pada itu katanya, cadangan tanaman produk pertanian diperkenalkan di satu kawasan sahaja.

Menurutnya, apabila fokus kepada satu-satu produk pertanian atau aktiviti pertanian, ia dapat diperluaskan ke kawasan lain.

“Itu mengikut kehendak dan keinginan penduduk kampung.

Kita tidak dapat membawa perkara ini terus kepada mereka jika mereka tidak berminat dan tiada keinginan,” kata John.

Jelasnya, beliau akan terus membantu dan mengenal pasti agensi pelaksana untuk melaksana program di Bukit Semuja.

Dalam pada itu, beliau turut berharap penduduk Kampung Lebur berkerjasama dengan kontraktor dan agensi yang terlibat dengan pelaksanaan projek.

“Kita harap semua yang terlibat seperti kontraktor, agensi pelaksana, teknikal dan penduduk kampung harus bekerjasama untuk memastikan kejayaan ini,” ujarnya.

Projek menaik taraf jalan Kampung Lebur dijangka siap pada 10 Disember tahun ini manakala projek menambah baik infrastruktur kawasan sawah padi Paya Empiduh dijang-ka siap pada 22 November.

Projek penyelenggaraan jalan pertanian Jalan Sau dijangka siap pada 20 Oktober ini.

Nilai keseluruhan ketiga-tiga projek di Kampung Lebur itu bernilai itu RM1.3 juta.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak