BINTANGOR: Seorang lelaki cedera parah selepas motosikal yang ditunggangnya terjunam ke bawah jambatan di Jalan KJDNanga Strass di sini, semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 5.40 pagi itu, mangsa berusia 27 dipercayai menunggang motosikal seorang diri.

Ketua Balai dan Penyelamat Bintangor Nicholas Belulin berkata, pasukannya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 5.47 pagi.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kami mendapati mangsa berada di bawah jambatan itu.

“Kami mengangkat mangsa ke tempat yang lebih selamat sebelum diserahkan kepada pasukan paramedik sebagai tindakan susulan,” katanya ketika dihubungi.

Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.