GAZA CITY: Rundingan antara Israel dan Hamas dengan Qatar sebagai orang tengah, bersepakat untuk mengurangkan konflik yang semakin memuncak di Semenanjung Gaza, lapor agensi berita Anadolu.

Kumpulan Palestin Hamas pada Isnin menyatakan telah mencapai persefahaman untuk “menghalang gerakan dan menghentikan pencerobohan Zionis” ke atas Semenanjung Gaza.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan pejabat ketua kumpulan itu di Semenanjung Gaza yang diduduki,  Yahya Sinwar susulan rundingan yang diterajui Qatar.

“Setelah berdialog dan berkomunikasi terakhir diterajui perwakilan Qatar, Duta Besar Mohammed Al-Emadi, persefahaman telah dicapai untuk menghalang gerakan dan menghentikan pencerobohan Zionis ke atas rakyat kita,” kata Sinwar.

Kenyataan itu menunjukkan bahawa “situasi akan kembali seperti keadaan sebelum ini”, sambil menzahirkan ucapan “terima kasih dan penghargaan atas usaha dan sokongan Qatar untuk rakyat kita.”

Tiada sebarang komen dari Tel Aviv mengenai kenyataan Hamas itu.

Bagaimanapun, rangkaian televisyen swasta Israel (13) melaporkan: “Tel Aviv dan Hamas telah mencapai persefahaman termasuk menghentikan pelancaran belon api dari Semenanjung Gaza dan membuka sempadan.”

“Zon penangkapan ikan di Semenanjung Gaza akan dibuka kembali, begitu juga dengan laluan Baitulmaqdis dan Erez.”

Serangan Israel di Semenanjung Gaza memuncak ekoran tindak balas terhadap serangan belon api yang dilancarkan rakyat Palestin di kawasan sempadan Israel.

Foto AFP