SARIKEI: Tindakan pantas penghuni sebuah rumah berjaya menyelamatkan sebuah bilik dalam kebakaran di Jalan Minah di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Mahmudin Narudin berkata, insiden pada jam 2 pagi itu membabitkan sebuah bilik yang tidak berpenghuni.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini.

“Api sempat dipadam oleh seorang penduduk menggunakan alat pemadam api boleh alih,” katanya ketika dihubungi.

Mahmudin berkata, bomba bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 2.09 pagi.

“Bagaimanapun kita hanya melakukan pemantuan susulan di lokasi kerana bimbang kebakaran berulang,” katanya.