BELAWAI: Sekitar 1,500 Jalur Gemilang diedarkan peserta kembara merdeka kali ini sempena Hari Kebangsaan 2020 anjuran Pusat Khidmat Rakyat Dato Sri Haji Abang Aditajaya Abang Alwi, semalam.

Pegawai perhubungan Pusat Khidmat Rakyat Cawangan Susur Jambu Annuar Basri berkata sebanyak 1,500 Jalur Gemilang telah diedarkan melibatkan 11 Kampung dibawah Dun Kuala Rajang dilakukan serentak.

“Peserta menyerahkan Jalur Gemilang di setiap perhentian, pekarangan tempat letak kereta Pasar Selalang, kedai runcit Simpang 3 Sare, pekarangan tempat letak kereta Pasar Susur Jambu dan beberapa lagi kawasan di sekitar Kuala Rajang.

“Apabila tiba di lokasi, kita menyerahkan Jalur Gemilang dan memberikan kata-kata perangsang untuk mengingati hari kemerdekaan Malaysia.

“Kita mahu menggalakkan mereka mengibarkan Jalur Gemilang di kenderaan, rumah dan premis perniagaan dan menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan serta semangat cinta akan negara,” katanya.

Annuar berkata, program itu bertujuan menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat, khususnya penduduk di kawasan Kuala Rajang.

“Selain itu, beberapa pengisian lain turut diadakan.

Antaranya pertandingan baju bertemakan semangat patriotik dan Pertandingan lagu bertemakan patriotik juga diadakan bertempat di kediaman salah seorang penduduk di Kampung Selalang.