BINTULU: Seorang pemotong rumput warga Indonesia maut dalam kemalangan kendiri berdekatan Rumah Unau, Jalan Pesisir Bintulu- Tatau, pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendent Alexson Naga Chabu berkata,
mangsa dikenalpasti sebagai Rohani Jamain,53, dan berasal dari Lebak Singkawang, Indonesia berdasarkan dokumen pengenalan diri yang terdapat pada mangsa.

Beliau berkata dalam kejadian kira- kira jam 9.13 pagi tadi, motosikal yang ditunggang mangsa dari arah Jalan Kuala Tatau menghala ke simpang Kampung Tani, Jalan Pesisir Kuala Tatau sebelum hilang kawalan lalu terbabas di bahu jalan berdekatan Rumah Unau, Jalan Pesisir Bintulu- Tatau

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik Hospital Bintulu.

Hasil siasatan awal pihak polis mendapati kemalangan jalan raya maut ini berlaku akibat kecuaian mangsa sendiri kerana menunggang laju sehingga gagal mengawal motosikal sebelum terbabas di bahu jalan.

Kes disiasat di bawah Sekysen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Keadaan motosikal milik pemotong rumput warga Indonesia yang maut selepas terlibat dalam kemalangan kendiri berdekatan Rumah Unau, Jalan Pesisir Bintulu- Tatau, pagi tadi.