LUNDU: Sebanyak RM14 ribu geran Projek Kecil Luar Bandar Sarawak (MRP) di agih kan kepada empat(4) Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di N3 Tanjong Datu hari ini di Dewan Serbaguna Mahligai Gading Lundu.

Antaranya Persatuan Pesara Kerajaan Sarawak sebanyak RM3, 000. Persatuan Bekas Polis Daerah Lundu sebanyak RM 3,000. Persatuan Pahlawan Sarawak Cawangan Lundu sebanyak RM3, 000 dan Pusat Kegiatan Warga Emas (PAWE) sebanyak RM5, 000.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) N3 Tanjong Datu, YB Datin Patinggi Datuk Amar Hajah Jamilah Hj Anu berkata ini menunjukkan keperihatinan Kerajaan negeri Sarawak dalam membantu NGO – NGO untuk mengadakan program dan terlibat dalam program kemasyarakatan.

‘Bekerja bersama saya dengan membantu penduduk di N3 Tanjong Datu dari peruntukkan yang diberikan. Namun peruntukkan ini bukan hanya diberikan menjelang pilihan raya tapi setiap tahun dan kita sentiasa bekerja untuk keselesaan penduduk di N3 Tanjong Datu,’ katanya.

‘Kita bersyukur Kerajaan Sarawak sentiasa membantu lebih lagi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 dari mula dilaksanakan. Jaga diri kita kerana kita telah berusia dan kita jaga keluarga. Amalkan SOP dan jarakkan fizikal, ‘ tambahnya lagi.

 

Beliau juga turut menyerahkan kit Ziarah Kasih kepada Persatuan Pesara Kerajaan Sarawak untuk Persatuan itu bergerak menziarahi ahli-ahli yang sakit dan kurang berkemampuan.

Ujarnya, Projek Rakyat bangunan PAWE dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Pakma Gading Lundu yang bernilai RM1. 5 juta juga dalam proses akhir untuk dilaksanakan.

Hadir sama, Penolong Pegawai Daerah Lundu, Encik Zulkifli Morshidi. Pengerusi Bekas Polis Daerah Lundu, Pemanca Benjamin Gersit Anak Jais. Pengerusi Pahlawan Sarawak Cawangan Lundu Encik Marzuki Ahmad. Pengerusi PAWE, Encik Jai Bin Busri dan Pengerusi Persatuan Pesara Kerajaan Sarawak, Encik Putit Matsa.