MUKAH: Ahli keluarga mencari Mohd Haikal Haziq Abdullah, 29, yang hilang bersama keretanya, jenis Proton Saga berwarna kelabu (QS3080H).

Jika ada sebarang maklumat mengenai mangsa, sila hubungi segera talian 011-25664331, 011-36840047, 010-9439429 dan 014-3151593 atau IPD Mukah.

Ahli keluarganya, Hafizah Mohammad memberitahu, Mohammad Haikal disedari hilang pada malam 31 Ogos lalu.

Katanya, laporan di Balai Polis Mukah dibuat pada malam 2 September lalu. “Keluarga kami meminta jasa baik anda semua mencari beliau.

“Semoga urusan kami dipermudahkan dan sesiapa yang membaca atau melihat hantaran di laman Facebook diharap boleh kongsikan,” ujarnya.