MIRI: Skuad Kasih Sayang Parti PBB Mulu bekerjasama dengan pemimpin masyarakat di Mulu untuk mengenal pasti kumpulan yang memerlukan bantuan.

Koordinator zon utara skuad itu Datin Esther Balan berkata, tumpuan kepada golongan B40 di kawasan ini yang terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

“Maklumkan kepada kami (Skuad Kasih Sayang) tentang mereka yang memerlukan agar kami dapat membantu dan menyalurkan bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyerahkan bantuan makanan kepada penerima di Pusat Khidmat PBB Mulu di sini pada Khamis.

Penerima terdiri daripada 21 warga emas dan orang kelainan upaya dari Long Terawan, Kuala Tutoh, Long Panai dan Batu Belah menerima keperluan makanan harian seperti beras 10 kilogram, minyak masak, biskut, tepung, gula, garam dan sebagainya.

Bekas Setiausaha Politik Ketua Menteri Datuk Robert Laing Anyie dan isteri Datin Chaterine Awing turut hadir