KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat rombongan Lembaga Pengurusan SJK Chung Hua Siburan diketuai Pengerusinya Phang Nam Fatt di Wisma Bapa Malaysia pada Khamis.

Tujuan kunjungan hormat itu adalah untuk memohon geran tambahan daripada Kerajaan Sarawak bagi menaik taraf sekolah berkenaan. SJK Chung Hua Siburan, yang terletak sekitar 14 kilometer dari bandar raya Kuching berusia lebih 50 tahun dan memerlukan dana tambahan untuk menampung kos naik taraf yang berjumlah RM2.26 juta.

Sebelum ini dana diperoleh daripada sumbangan orang awam dan Kerajaan Negeri berjumlah RM500,000. Naik taraf sekolah tersebut merangkumi kemudahan kompleks sukan iaitu padang bola sepak, trek larian serta tempat letak kenderaan.

Menteri Muda Pengangkutan Datuk Dr Jerip Susil dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pengurusan SJK Chung Hua Siburan Chung Chon Shin turut hadir