DUBAI: Bahrain menolak untuk mengikut jejak UEA melakukan perhubungan diplomasi dengan Israel selagi tiada jaminan memutuskan kemerdekaan Palestin.

Bahrain juga menyatakan hanya menormalisasi hubungan dengan Israel jika Arab Saudi yang dianggap sebagai pemimpin jazirah Arab membuat kesepakatan dengan Israel.

Pendirian Bahrain itu disampaikan kepada Penasihat Presiden AS, Jared Kushner yang mengunjungi Bahrain selepas mengetuai lawatan delegasi AS dan Israel di Abu Dhabi yang menandakan bermulanya hubungan diplomatik terbuka Israel-UEA.

Sebelum ini Arab Saudi bertegas tidak menormalisasi hubungan dengan Israel sehingga negara Yahudi itu menyetujui pembentukan negara Palestin merdeka.

Pada 2002, Allahyarham Raja Abdullah pernah menawarkan hubungan diplomasi dengan Israel, dengan syarat yang sama. Israel menolaknya bahkan memperkuat cengkamannya ke atas Tebing Barat.

Malah ketika UEA bersetuju menjalin hubungan diplomatik dengan Israel, Tel Aviv berkata ia hanya hanya menangguhkan rancangan merampas Tebing Barat bukan membatalnya.