WALAUPUN perlu mematuhi garis panduan khusus ekoran pandemik Covid-19, Hari Wanita Sarawak 2020 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) tetap disambut dengan jayanya.

Mengetengahkan tema Wanita Sarawak Dalam Era Digital, sambutan itu telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Tema itu sangat bersesuaian dengan keadaan semasa yang memberi peluang kepada kaum hawa menambah pendapatan sampingan.

Sebenarnya, banyak wanita mempunyai potensi dan pengalaman dalam penggunaan peralatan digital seperti telefon, komputer dan sebagainya.

Kadang-kadang komitmen terhadap keluarga yang membataskan pergerakan dan perjalanan wanita.

Jadi, penggunaan digital sangat sesuai jika mereka ingin melakukan sebarang transaksi dan urusan jual beli.

Semasa penularan pandemik Covid-19, urusan jual beli dan perniagaan lumpuh kerana orang ramai tidak dapat bergerak seperti biasa. Kesan kepada suri rumah

Yang pasti keadaan ini memberi kesan kepada suri rumah yang menjual kuih di tepi jalan, menjual produk dari rumah ke rumah, menjual sayur dan sebagainya.

Untuk meneruskan perniagaan ekoran pandemik Covid-19, wanita terpaksa menggunakan teknologi digital iaitu menjual produk mereka di media sosial.

Contohnya, seorang ibu tunggal yang menjual nasi lemak di Facebook. Hari ini, perniagaan di media sosial telah menjadi ikutan ramai terutamanya wanita.

Keadaan ini telah memberi ruang kepada mereka untuk menambah pendapatan isi rumah apabila suami terputus sumber pendapatan.

Dalam hal ini, wanita tidak mempunyai pilihan selain terpaksa mengadaptasikan teknologi dalam kehidupan seharian mereka. Ramai yang masih risau, penggunaan teknologi digital boleh menyebabkan wanita terutamanya suri rumah cenderung ditipu secara dalam talian. Sebenarnya peni-puan tersebut berlaku akibat perasaan tamak diri sendiri.

Sekiranya individu itu bijak dan berhatihati menggunakan teknologi digital, penipuan dalam talian dapat dielakkan. Mudahkan kerja Teknologi digital sebenarnya untuk memudahkan kerja, masa dan kehidupan manusia, tetapi manusia sendiri yang menyusahkan diri.

Kemudian, menyalahgunakan penggunaan teknologi ini. Oleh itu, meskipun wanita terpaksa menggunakan teknologi digital dalam kehidupan, aspek keselamatan perlu dititikberatkan agar tidak menyusahkan diri sendiri.

Kenali teknik orang bijak menipu dan yang ingin mengaut keuntungan, dan jika perlu laporkan kes tentang kesalahan penggunaan teknologi digital kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Kini, peluang untuk mengakses Internet bagi wanita dan lelaki tetap sama rata dan adil.

Tiada alasan untuk kaum hawa tidak mampu melakukan sesuatu kerja seperti lelaki.

Selari dengan impian Kerajaan Sarawak untuk menjadi negeri maju menjelang 2030, semua golongan tidak boleh ketinggalan dalam penggunaan teknologi digital.

Ini termasuk golongan muda, tua, lelaki, wanita, pelajar, remaja, belia dan sebagainya.

Penerimaan teknologi digital ini perlu agar negara mampu membangun seiring dengan penggunaan teknologi canggih yang kian mencabar.