KUCHING: Seramai 21 mangsa bencana ribut di kawasan Dun Satok dan tiga lagi di Dun Tupong menerima bantuan daripada Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof, semalam.

Bantuan berjumlah RM31,000 itu bagi meringankan beban keluarga terbabit untuk membeli keperluan harian.

Pada 22 Ogos lalu, kira-kira 13 buah rumah di Kampung Nombor 2, Nombor 3 dan Nombor 4 mengalami kerosakan akibat ribut yang turut menerbangkan bumbung beberapa rumah di kampung itu.

Pada masa sama, Fadillah turut menyampaikan sumbangan kepada sebuah rumah wakaf yang dikendalikan Surau Darul Uyun, Kampung Nombor 3.

Majlis penyampaian ringkas bantuan itu turut dihadiri Timbalan Ketua Cawangan Parti PBB Satok Datuk Ibrahim Baki dan Setiausaha Politik Ketua Menteri, Samad Gany.