DALAT: Perkembangan projek bekalan air bersih di bawah program Sawas untuk Kampung Klid, Kampung Narub dan Kampung Sua berjalan lancar.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, kemajuan projek bekalan air untuk kedua-dua kampung itu telah mencapai 76.9 peratus.

Katanya, beliau mendapat jaminan daripada pihak pelaksana untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan ia disiapkan lebih awal dari tempoh yang ditetapkan.

“Ini sangat penting bagi penduduk Kampung Klid, Kampung Narub dan Kampung Sua, termasuk sekolah.

“Ini adalah satu projek yang berimpak tinggi, Projek Walkabout Ketua Menteri untuk memastikan penduduk di pedalaman, yang sukar diakses, tiada jalan raya, tiada elektrik dapat dibekalkan dengan bekalan air bersih melalui Sawas,” katanya ketika mengadakan lawatan di tapak projek bekalan air di sini.

Tambah Adun Dalat itu, jika projek berjalan lancar, penduduk kampung dapat menikmati bekalan air bersih sebelum akhir tahun ini.

Beliau turut berharap, projek-projek lain seperti jalan raya yang menghubungi Kampung Klid dan kampung berdekatan.