MUKAH: Seorang gadis di sini, Norasmaliza Ahmad, 24, mencari bapanya Ahmad Hashim untuk urusan perkahwinannya, sebagai wali.

Norasmaliza dari Kampung Medong, Dalat berkata, bapanya merupakan seorang askar berpangkat Lans Koperal dan bertugas di 102 Kompeni KPT (Pangkalan).

Katanya, alamat kediaman bapanya ialah di Negeri Sembilan sebelum bersara.

Menurut Norasmaliza, perkahwinannya dirancang pada November depan.

Sesiapa yang mengetahui keberadaan Ahmad Hashim sila hubungi Noramasliza di talian 013- 8249961.