KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Pengarah RTM Sarawak, Abdul Hadi Mohd Yusoff di Pejabat Ketua Menteri Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Tujuan kunjungan hormat berkenaan bagi memperkenalkan Abdul Hadi yang telah mengetuai jabatan penyiaran itu sejak 16 Julai lalu.

Dalam pertemuan itu, Abdul Hadi membincangkan peranan RTM dalam memperkemaskan fungsi televisyen dan radio khususnya di Sarawak.

RTM juga akan memgadakan kerjasama lebih dengan agensi seperti Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), TV Sarawak dan media rasmi kerajaan untuk saling melengkapi antara satu sama lain.

Kata Abdul Hadi, RTM akan memberi keutamaan peyampaian maklumat kepada masyarakat di luar bandar khususnya melalui radio sebagai medium penyampaian utama.

Selain itu Abdul Hadi, RTM turut memberi jaminan akan mengadakan lebih banyak lagi program bual bicara menerusi semua saluran radio Sarawak.